Tora datang lagi..

Salam semua,
Lama aku menyepi, lama aku ketandusan akses internet dan selama itu jugalah blog ni tersadai tak berpenghuni. Ya, maaf buat yang datang namun tak ketemu apa yang dicari. Maaf buat yang datang mengharapkan kemas kini terbaru dan maaf juga buat mereka yang datang untuk mengutuk namun tak ada bahan untuk dikutuk. Baik, cukup sampai situ.
Ya dengan kehadiran entri ini, maka secara rasminya sedikit aktiviti 5s telah aku buat kat blog yang penuh bersawang ni. Buat yang kurang mengenali 5s tu, tanya je la kat Google. Kalau nak dibincang mau sehari semalam baru habis.
Selama kehilangan aku ni banyak benda yang dah berlaku kan? Banyak juga bahan-bahan hot yang mampu menjadi penarik traffik yang mantap kan. Daripada cerita piala dunianya sampailah ke skandal artis indon yang korang pun mesti tau siapa kan. Ruginya aku sebab hilang peluang untuk update dengan bahan yang hot ni…haha.
Betul la kata hukum newton pertama, objek pegun akan terus kekal pegun melainkan ada satu daya luar yang menggerakkan dan objek yang bergerak akan terus bergerak dengan halaju seragam melainkan ada daya luar yang menghalang. Bila berblog jangan suka menghilang lama-lama, nanti nak mula balik dah susah. Biar terus berblog secara konsisten walaupun dengan frekuensi yang tak seberapa daripada menghilang terusĀ berbulan-bulan kan?
Ok, lupakan semua cerita dan hukum yang dah lama aku tak baca tu, jom buka lembaran baru..