Ya kamu memang hebat..

wahai insan yang hebat,

betul, aku akui kamu memang hebat. Kata-kata kamu hebat. Penampilan kamu hebat. Pendek kata, segala tentang kamu boleh di”summarize”kan dengan satu perkataan lima huruf, “H.E.B.A.T.”

wahai makhluk yang hebat,

Susuk kamu memang hebat. kacak bergaya. cantik menawan. Tapi itu semua tak lain hanyalah menunjukkan kehebatan pencipta kamu. Sebab itu semua bukan kamu yang punya. Pinjam sahaja! Bila-bila Dia mahu ambil pun boleh.

Wahai hamba yang hebat,

Tak ada salahnya kalau sekali sekali kamu tunduk lihat ke bumi Allah yang indah ni. Mendongak ke langit sekali sekala tu memang bagus. Tapi lama kelamaan kamu akan lupa yang kaki kamu sedang berpijak di bumi. Tambahan pula, besar kemungkinan leher kamu bakal tergeliat dan tak boleh tunduk sampai bila-bila. Maka sementara masih berupaya untuk tunduk ni silalah berbuat demikian.

Ingat, sehebat-hebat kamu, kamu tetap hamba Dia. Sama macam aku. Sama macam peminta sedekah di Lorong Haji Taib. Sama macam Perdana menteri Nepal. Sama macam penternak kangaroo di Australia. Sama macam peniup seksafon, Kasim Jailani. Sama macam pakcik dan makcik itu. Sama macam manusia lain.

Wahai diri yang rasa hebat,

Sebenarnya kamu tidaklah sehebat yang kamu rasa. Sila sepak muka kamu. Ya kamu memang hebat bermimpi!

Share
  • Post a comment

    CommentLuv badge
    :alien: :angel: :angry: :blink: :blush: :cheerful: :cool: :cwy: :devil: :dizzy: :ermm: :face: :getlost: :biggrin: :happy: :heart: :kissing: :lol: :ninja: :pinch: :pouty: :sad: :shocked: :sick: :sideways: :silly: :wub: :sleeping: :smile: :tongue: :wassat: :unsure: :w00t: :whistle: :wink:

    Threaded commenting powered by Spectacu.la code.